Turn Your Heirloom Jewellery Into Something You Can Wear Again

Ada barang kemas yang nilainya bukan sekadar pada berapa gram emas yang ada padanya.

Di Emas Naufal, kadang-kadang kami menerima pelanggan yang membawa barang kemas pusaka milik ibu, arwah ibu atau nenek mereka. Ada yang membawa subang, cincin, rantai tangan, rantai leher dan pelbagai barang kemas yang telah disimpan bertahun-tahun.

Mereka sebenarnya tidak mahu menjual barang tersebut kerana sentimental value yang ada padanya.

Masalahnya, sesetengah barang kemas tersebut mempunyai design atau pattern lama yang sudah tidak sesuai dengan citarasa pemiliknya sekarang.

Daripada terus menyimpannya di dalam kotak, ada pilihan lain — ubah barang kemas lama tersebut menjadi barang kemas baru yang boleh dipakai semula.

Don’t Sell the Memory — Transform It

Tidak semua barang kemas lama perlu di-trade-in.

Jika sesuatu barang itu mempunyai kenangan yang sangat istimewa, kita boleh cuba mengekalkan sebahagian daripada barang asal tersebut dan menghasilkan design baru mengikut citarasa pemiliknya.

Contohnya, kami pernah menerima subang lama yang mempunyai pearl di bahagian tengah dan dikelilingi batu-batu kecil seperti diamond atau zirconia.

Pelanggan tidak mahu kehilangan pearl dan batu-batu tersebut kerana ia mempunyai nilai sentimental.

Jadi subang lama itu boleh dibuka dengan berhati-hati. Pearl dan batu yang masih sesuai digunakan akan cuba diselamatkan, manakala emas daripada barang kemas tersebut boleh digunakan atau diambil kira dalam proses menghasilkan barang kemas baru, bergantung kepada keadaan dan kesesuaian material.

Daripada sepasang subang lama, pelanggan mungkin memilih untuk menghasilkan sebentuk cincin baru yang masih membawa sebahagian daripada kenangan barang asal.

Your Mother’s Jewellery, Reimagined for You

Bayangkan anda mempunyai sebentuk cincin, subang atau rantai peninggalan arwah ibu.

Anda sayang barang itu.

Anda tidak sanggup menjualnya.

Tetapi pada masa yang sama, design tersebut mungkin sudah terlalu lama dan anda sendiri tidak pernah memakainya.

Daripada barang tersebut terus tersimpan, ia boleh diberi kehidupan baru.

Batu akik pemberian ibu, pearl daripada subang lama atau batu daripada cincin nenek mungkin boleh digunakan semula untuk menghasilkan cincin atau barang kemas yang lebih dekat dengan citarasa anda hari ini.

Barangnya berubah, tetapi kenangannya masih kekal.

Custom Jewellery According to Your Preference

Di Emas Naufal, kami juga menerima tempahan custom untuk pelanggan yang mahukan barang kemas mengikut citarasa sendiri.

Antaranya termasuk tempahan ukiran nama, custom ring serta perkhidmatan mengikat batu pada cincin menggunakan batu yang dimiliki oleh pelanggan.

Jika anda mempunyai batu akik, pearl atau batu kenangan keluarga, anda boleh membawa barang tersebut kepada kami untuk kami lihat terlebih dahulu sama ada ia sesuai digunakan untuk design yang anda inginkan.

Setiap tempahan akan dinilai berdasarkan design, keadaan barang asal, jenis batu, berat emas dan tahap kerumitan kerja.

Why Does Custom Jewellery Have a Labour Charge?

Untuk sesetengah tempahan custom berskala kecil, caj upah boleh bermula sekitar RM500, termasuk bagi sesetengah barang sekitar 1–2 gram, bergantung kepada design dan kerumitan kerja.

Kenapa ada caj upah?

Custom jewellery berbeza daripada barang kemas yang dihasilkan secara mass production.

Untuk sesetengah tempahan, kerja dilakukan dalam skala kecil melalui proses in-house production. Proses membuka barang lama, membentuk semula emas, memasang batu, mengikat batu dan melakukan engraving memerlukan masa serta kerja tangan yang teliti.

Dalam proses pembuatan juga boleh berlaku susut emas (manufacturing loss), termasuk kehilangan yang sangat kecil dalam bentuk habuk atau sisa ketika memotong, mengikir, mengukir dan finishing.

Kilang yang menghasilkan barang dalam volume besar mungkin mempunyai sistem dan skala operasi yang berbeza untuk menguruskan proses tersebut.

Bagi kerja custom berskala kecil, kos tenaga kerja, kemahiran tukang, proses pembuatan serta kemungkinan susut perlu diambil kira dalam menentukan caj upah.

Every Heirloom Is Different

Kami tidak boleh menjanjikan bahawa setiap batu, pearl atau setiap bahagian barang kemas lama boleh digunakan semula.

Barang perlu diperiksa terlebih dahulu.

Ada batu yang mungkin sudah retak, setting yang terlalu lama atau keadaan emas yang memerlukan proses tertentu sebelum ia boleh dibuat semula.

Sebab itu kami akan melihat keadaan barang terlebih dahulu sebelum mencadangkan pilihan yang sesuai.

Give Your Old Jewellery a New Story

Jika anda mempunyai barang kemas peninggalan ibu, arwah ibu, nenek atau seseorang yang sangat bermakna dalam hidup anda, anda tidak semestinya perlu menjual atau trade-in barang tersebut hanya kerana designnya sudah lama.

Bawa kepada kami.

Kita boleh lihat sama ada emas, pearl, batu akik atau batu-batu yang ada padanya boleh diberikan nafas baru melalui sebuah design yang lebih sesuai dengan anda.

Daripada barang pusaka yang bertahun-tahun tersimpan di dalam kotak, ia mungkin boleh menjadi sebentuk cincin yang anda pakai setiap hari.

The design may change, but the memory remains.

Emas Naufal — Turning Memories Into Jewellery You Can Wear Again