Rantai tangan emas 916 (gold bracelet 916) untuk pakai harian, hadiah atau majlis. Lebih 100 rekaan ready stock di Kedai Emas Naufal: rekaan Turki, Dubai, 2 warna, 3 warna, padu, bebola dan prelove.
Panduan beli rantai tangan emas 916
Apa itu rantai tangan emas 916?
Emas 916 bermaksud 91.6% emas tulen (22K). Ia cukup kuat untuk dipakai setiap hari dan kekal bernilai bila dijual semula.
Rekaan rantai tangan emas 916 yang popular
-
Rantai tangan padu: berat, kukuh, sesuai untuk simpanan.
-
Rekaan Turki & Dubai: corak halus dan mewah.
-
2 warna & 3 warna: gabungan emas kuning, rose gold dan putih.
-
Bebola & biji sawi: ringan, sesuai untuk pakai harian.
-
Prelove: rantai tangan emas 916 terpakai tanpa upah, harga ikut berat sahaja.
Harga rantai tangan emas 916
Harga dikira ikut berat (gram) x harga emas 916 semasa, ditambah upah mengikut rekaan. Harga di laman ini dikemas kini setiap hari. Semak harga emas hari ini.
Tukar emas lama kepada rantai tangan baharu
Bawa emas lama anda (916, 750, 999 dan lain-lain) untuk ditimbang dan dinilai, kemudian guna nilainya untuk rantai tangan baharu. Cara trade-in emas.
Nak rantai tangan dengan nama sendiri?
Kami terima tempahan ukiran nama, siap dalam 2 minggu.
Lawati kedai kami
Kedai Emas Naufal, Lobi Hotel Amerin, Taman Perling, Johor Bahru. Buka 10 pagi hingga 6.30 petang, tutup hari Rabu. WhatsApp 012-234 8203.